Tuesday, August 23, 2016

Kepentingan zat mineral pada tubuh

teks:muhamad noor
foto:muhamad noor


Assalamualaikum wbt pembaca budiman...

Baru nak bermula tulis entri yang ke 2 belajar buat blog ni baru lagi.Sejak akhir-akhir ini sibuk urusan hal kerja hakiki.

Baik lah disini saya ingin kongsikan mengenai kepentingan zat mineral pada tubuh badan kita atau kita lebih dikenali dengan air. Air sangat diperlukan oleh tubuh untuk menjaga kesihatan tubuh dan keutuhan setiap sel dalam tubuh,menjaga tingkat cair aliran darah agar lebih mudah mengalir melalui pembuluh darah,mengatur suhu melalui proses berpeluh,menjaga kelembapan di paru-paru dan mulut.

Air merupakan salah satu dari tiga perkara yang sangat diperlukan oleh tubuh agar tetap sihat. Darah yang posisi airnya mencapai 95% juga sangat penting sbagai sarana pengangkut zat gizi ke seluruh tubuh. Darah berperanan membahagikan "makanan" ke sel-sel tubuh dan otak agar tidak kelaparan. Otak yang mengalami kelaparan kerana gangguan glukosa dan oksigen akan menyebabkan perasan lesu,letih,dan bahkan boleh menimbulkan stroke yang biasanya terjadi kerana adanya penyumbatan pembuluh darah.

Secara fizikal,air yang sihat ialah air yang jernih,tidak berbau dan tidak mempunyai rasa.
Dari aspek kimianya,air sihat memiliki pH neutral dengan konsentrasi beberapa mineral-mineral tertentu yang tidak melebehi batas yang ditetapkan.




Berapa banyak kadar air dalam tubuh kita?

  • Normal kadar air sekitar 70% hingga 80% dari berat badan.
  • Bergantung pada berat badan dan ukuran badan.

bersambung ke entri seterusnya..




Tuesday, August 09, 2016

Tentang Saya

Teks:Muhamad Noor
Foto:Muhamad Noor

Assalamualaikum wbt
Salam perkenalan....

Alhamdulilah syukur pada ilahi hajat mahu bina blog sendiri tercapai juga akhirnya dan masih lagi mahu terus belajar untuk siapkan blog ini sepenuhnya.
Saya muhamad noor bin muhamad hanapiah berasal dari kelantan,menetap di teluk intan perak.
telah berkahwin dan mempunyai dua orang cahaya mata.Saya bekerja sebagai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sudah lebih 16 tahun dan berpangkat Chief Petty Oficer.Banyak pengalaman yang saya lalui sepanjang tempoh perkhidmatan dalam TLDM saat suka duka masa dikapal dan base (pangkalan).

Yang seronoknya bila dapat bertugas di  pangkalan (base) tak ada tekanan sangat, jadi boleh la lebih masa dengan keluarga,hari minggu kalau nak bawa keluarga beriadah pun boleh. Kalau nak dibandingkan bertugas di kapal, nak jumpa hari minggu memang susah la sebab selalu operasi.

Bila bertugas di pangkalan (base) mula terfikir nak buat bisnes nak tambah pendapatan.kalau nak harapkan satu sumber kewangan je memang tak cukup,maklum lah kos sara hidup sekarang ni semakin tinggi nak pula saya ni tinggal di teluk intan,setiap hari ulang alik ke lumut,kos minyak petrol pun dah berapa makan minum lagi.saya mula rasa tertekan dengan kos sara hidup yang tinggi membuatkan saya berfikir untuk mencari pendapatan lebih.

Pada tahun 2013 saya mula berjinak-jinak dalam dunia perniagaan.masa tu memang masih baru dalam dunia perniagaan modal pun tak ada dan saya bermula dengan zero dimana saya dan isteri menjadi agen dropship jual qaseh Gold iaitu formulasi makanan sunnah dan Garam Sole Kristal keluaran syarikat bumiputra Ana Edar Sdn Bhd.

Alhamdulilah syukur pada Allah swt dan terima kasih juga kepada isteri yang banyak membantu dalam periagaan kami. Alhamdulilah sehingga hari ini perniagaan kami terus berkembang keseluruh negara setelah melalui cabaran dan dugaan dalam dunia perniagaan akhirnya berjaya.
Banyak pencapaian yang kami dapat dari syarikat Ana Edar seperti Top pp,
Top ppw,oversea trip dan sebagainya.

Jadi disini saya juga nak berpesan pada anda yang nak mula berniaga.Kalau nak berniaga tak perlu modal yang besar,yang penting kita nak buat dan ikut orang yang dah berjaya.






Saya juga nak ucapkan ribuan terima kasih pada cikgu anysidayu zakaria yang banyak membantu saya dalam pembinaan blog ini. ABDR adalah platform terbaik untuk saya menimba ilmu mengenai perniagaan online dan saya boleh kembangkan lagi perniagaan saya.Kalau anda nak belajar bagaimana nak buat blog boleh klik pada gambar di atas dan daftar lah.