Tuesday, August 23, 2016

Kepentingan zat mineral pada tubuh

teks:muhamad noor
foto:muhamad noor


Assalamualaikum wbt pembaca budiman...

Baru nak bermula tulis entri yang ke 2 belajar buat blog ni baru lagi.Sejak akhir-akhir ini sibuk urusan hal kerja hakiki.

Baik lah disini saya ingin kongsikan mengenai kepentingan zat mineral pada tubuh badan kita atau kita lebih dikenali dengan air. Air sangat diperlukan oleh tubuh untuk menjaga kesihatan tubuh dan keutuhan setiap sel dalam tubuh,menjaga tingkat cair aliran darah agar lebih mudah mengalir melalui pembuluh darah,mengatur suhu melalui proses berpeluh,menjaga kelembapan di paru-paru dan mulut.

Air merupakan salah satu dari tiga perkara yang sangat diperlukan oleh tubuh agar tetap sihat. Darah yang posisi airnya mencapai 95% juga sangat penting sbagai sarana pengangkut zat gizi ke seluruh tubuh. Darah berperanan membahagikan "makanan" ke sel-sel tubuh dan otak agar tidak kelaparan. Otak yang mengalami kelaparan kerana gangguan glukosa dan oksigen akan menyebabkan perasan lesu,letih,dan bahkan boleh menimbulkan stroke yang biasanya terjadi kerana adanya penyumbatan pembuluh darah.

Secara fizikal,air yang sihat ialah air yang jernih,tidak berbau dan tidak mempunyai rasa.
Dari aspek kimianya,air sihat memiliki pH neutral dengan konsentrasi beberapa mineral-mineral tertentu yang tidak melebehi batas yang ditetapkan.




Berapa banyak kadar air dalam tubuh kita?

  • Normal kadar air sekitar 70% hingga 80% dari berat badan.
  • Bergantung pada berat badan dan ukuran badan.

bersambung ke entri seterusnya..




No comments:

Post a Comment